KUALA LUMPUR: Susulan prestasi buruk skuad renang negara pada Sukan SEA 2023 yang berakhir baru-baru ini, Persatuan Renang Malaysia (MS) menggesa anggota persatuan di peringkat negeri yang mengharapkan pembaharuan, untuk mengemukakan rancangan mahupun penyelesaian terbaik untuk dibincangkan bersama.
MS dalam kenyataan semalam berkata pihaknya sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka dan menggalakkan ahlinya supaya mengutarakan idea-dea untuk perbincangan.
Menurut persatuan itu, pihaknya akan terus menyokong program kejurulatihan, teknikal dan lain-lain program yang ditampilkan, di samping program berpusat secara langsung di bawahnya dan juga program-program didesentralisasi yang diuruskan oleh negeri dan lain-lain, dengan kepentingan dan kesejahteraan atlet menjadi keutamaan.
"MS tidak bersendirian dalam tugas dan tanggungjawab untuk kejayaan sukan renang di Malaysia. Semua pihak berkepentingan termasuk anggota persatuan negeri, juga mempunyai tugas dan tanggungjawab dalam mempromosi dan membangunkan sukan serta mengembangkan sukan dan atlet sebagai sumber pemilihan atlet untuk mewakili negara.
"Perubahan positif hanya boleh muncul melalui rancangan dan penyelesaian konkrit hasil daripada perbincangan bermakna, dan bukannya dengan menangani rungutan yang tidak berasas serta membuat dakwaan mengelirukan yang hampir menjadi fitnah, terutamanya dalam media, sama ada sosial atau cetakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menafikan semua dakwaan terhadapnya seperti tuduhan berat sebelah, diskriminasi, pilih kasih, penganiayaan, toksik dan negatif.
Pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan ini, skuad renang menjadi bualan ramai selepas hanya membawa satu pingat emas daripada 39 emas yang ditawarkan, sekali gus ia tidak menunjukkan peningkatan, selepas memenangi hanya satu emas pada edisi di Vietnam tahun lepas.
Ini menyebabkan jurulatih renang Selangor Marilyn Chua menyuarakan pendapat bahawa perubahan harus dilakukan untuk menyelamatkan sukan itu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.
Beliau yang merupakan bekas perenang kebangsaan turut mendakwa bahawa perenangnya mengadu tentang persekitaran negatif dan "toksik" di kem kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
MS berkata, ia tidak bersendirian dalam tugas dan tanggungjawab untuk kejayaan sukan renang di Malaysia dan semua pihak berkepentingan juga punya peranan dalam mempromosi dan membangunkan sukan itu. - Gambar hiasan
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
MS terbuka dengan sebarang cadangan untuk kejayaan sukan renang
MS sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka dan menggalakkan ahlinya mengutarakan idea-dea untuk perbincangan.
Olimpik Tokyo: Perenang Australia Titmus rangkul emas 200m gaya bebas
Menewaskan juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Kathleen Ledecky, dengan catatan masa satu minit 53.50 saat.
Bekas perenang kebangsaan meninggal dunia
MOM berkata pemergian Lim adalah satu kehilangan amat berharga kepada arena renang di Malaysia, dan ia turut menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mendiang.
Reezal bawa usul SOP sukan renang ke Mesyuarat Khas Menteri
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal membawa usul dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) sukan renang yang lebih komprehensif.
Sukan renang: KBS jumpa penggiat industri sukan renang, perinci SOP, esok
KBS akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk penggiat industri sukan renang pada Jumaat ini bagi mendapatkan pandangan memperincikan SOP pembukaan semula aktiviti sukan itu.
KBS bakal bertemu penggiat sukan renang bincang perincian SOP
Kementerian sedang dalam perancangan untuk menambah baik SOP sedia ada bagi membolehkan aktiviti renang dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Marilyn Chua tulang belakang kejayaan skuad renang Selangor
Marilyn yang mengurus pasukan Selangor bersama abangnya, Mark, telah mewujudkan satu sistem yang terbukti berjaya.
Renang: Jinq En cipta sejarah menangi pingat emas di Monaco
Perenang negara itu menafikan cabaran finalis Kejohanan Dunia, Marina Garcia Urzainqui dari Sepanyol, dengan catatan masa 31.66s yang memecah rekodnya sendiri.
Welson dan Jing En bawa pulang perak dari Monaco
Perenang lelaki dan wanita negara raih kejayaan sempena Jelajah Mare Nostrum yang berlangsung di Monaco, Perancis pada Sabtu.